Monday, June 16, 2014

Keyakinan diri( Ini draft post lama)

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdullilah,selesai juga semester petama tahun ketigaku dimana hanya Allah sahaja yg tahu keserabutan yg aku alami sem ini... seperti mana aku deberi kesempatan untuk bersama dgn beberapa program untuk semester ini. Terlampau bnyk kenangan pahit manis yg menjadi pedoman untuk diri aku pada masa akan dtg. Kdg2 kita baru tahu bagaimana erti persahabatan dkm pelbagai konteks. Aku sendiri belajar untuk menghargai. Apa yg penting mana yg baik kita ambil, yg buruk jadikan pengajaran. Aku melihat dari suatu sudut tentang kesibukkan masa dunia, dimana aku kagumi seseorg walau sesibuk manapun, masanya smua dimanfaatkan. Dlm mengejar dunia tidak pernah lupa malah sentiasa mengajak ke jalan akhirat. bukan fanatik tapi kagum. Sebagaimana aku cuba pelajari mana yg positif..aku bukan jenis yg suka bertanya aku lebih bersifat pemerhati. Jika yg baik dan kagum itu aku ambil jadikan pengajaran. Tapi alangkah bagusnya aku mempunyai keberanian untuk bertanya. Sifat kekurangan keyakinan diri ini mmg masalah aku dari kecil lagi. Aku cepat gemuruh dlm melakukan sesuatu kerja tidak kiralah apa daya. Alhamdullilah lama kelamaan sifat gemuruh ini dpt ku kawal. Sapa kata gemuruh ini tidak elok. Gemuruh ini elok untuk kita kerana ia mnyebabkan kita akan bersedia dlm melakukan sebarang tugasan. Kalau x nervous tu tipo lah kan. Back 2 the pointlah, aku cuba menghadapi sifat kelemahan aku sendiri sebagai kekuatan aku juga. Dimana dlm satu tahap aku menerima sifat ini sebagai pelengkap diri.Aku menerima dan mengatasinya. Dgn berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah, maka hatiku lebih merasa tenang untuk menghadapi apa2 situasi yg berlaku. Kat sini sya nyatakan sifat tenang itu adalah kunci kepada kejayaan. Apabila kita tenang, kita lebih rasional untuk berhadapan dgn ujian2 yg dilemparkan kearah kita. Walau kita tidak bersedia sekalipun, kita serabut, kita gagal dlm sesuatu benda, perkara utama kita lakukan adalah berdoa, minta padanya,muhasabah diri tawakkal dan redha. InsyaAllah ketenangan itu hadir dlm org2 yg redha.

No comments:

Post a Comment